I Love You
FREEDOM !
Tuesday, 30 September 2014 • 06:28 • 0 comments

Alhamdulillah sudah selesai perjuangan aku untuk semester 1 PraDiploma Uitm . Study selama satu semester ,pergi kampus kalut kalut sebab selalu lambat ,tidur dekat kolej tanpa kira waktu ,time study week kerja tidur  -_- Harini (30/September/2014) sudah berakhir semua tu ,lega ,happy ,gembira ,senang hati . okay semua tu PERASAAN aku . hihi

Okay sekarang aku just nak promote tentang PraDiploma Uitm . PraDip ni untuk pelajar yang berumur 18-21 tahun .Yang mana takda peluang untuk sambung belajar untuk sambung Diploma ,Matrik ,Asasi dan bagai tuu . Korang boleh ja apply PraDip ni. PraDip ni pula terbahagi kepada dua . PraDip Perdagangan yang mana kita belajar tentang Business and PraDipSains yang kita akan stay dengan subject Chemis Fizik Bio and so on .

Untuk PraDip Perdagangan kita hanya akan ambik 4 subject ,CTU ,ENT ,ELC and MAT . Untuk PraPerdagangan kita akan belajar SATU sem sahaja ! :D kalau la contoh kita failed satu subject kita dah takda kuliah so on ,cuma kita hanya akan datang untuk paper repeat sahaja . Bagi PraSains pula , aku tak sure la diorang ada berapa subject , rasa rasa aku macam 6 subject .Untuk PraSains kalau korang dapat result yang okay time final exam korang dah takperlu repeat paper . PraSains ada DUA sem . kalau korang tak repeat paper maknanya korang tak perlu masuk untuk sem dua . That means habis je sem 1 ,korang terus akan sambung Diploma . Faham ?

Apa yang best tentang PraDiploma ? Okay yang best , bila kita masuk PraDip , automatik bila kita lulus dengan pointer yang elok kita akan terus diserap masuk Diploma under UITM . Tak bangga ka kalau jadi student Uitm ? :p Besides that ,dalam PraDip ni juga , kita akan diberi elaun bulanan mengikut gaji parents . For your information , jangan ingat yang PraDip ni lekeh ,student 'bodoh2' . itu salah ! Ada ja student PraDip datang dari SBP ,dari sekolah Kluster ,sekolah Sains . Tu sebab diorang tak minat dengan kos yang ditawarkan untuk Diploma sebelum ni ,so they decide nak masuk PraDip . Sebab automatik diorang akan tetap dapat Diploma .

So untuk batch 1996-1994 . korang still ada peluang untuk sambung study ,kalau betul ada kemahuan . Korang boleh je download borang dekat laman web Uitm atau terus pergi ke HEP Uitm terdekat . Dengan niat yang ikhlas insyaAllah akan dipermudahkan :) Selamat Malam .



Hello world. My name is Rozalina Safee .Welcome to my online diary . Leave you footstep in my tagbox then i can visit you back :>

Diary About Link facebook Twitter





sweet reader(s)


Template By: Umi Humaira
Big helped: Wana
Owner: Dekna